Assalamualaikum.
Hai semua.
Okay ni sambungan kisah PART 1 macam yang dijanjikan (Hahaha seriously mawar curious gila, ada lagi ke orang baca blog ni? But it's okay, sebagai kenangan di hari tua in sha Allah)
*Sebelum tu nak cakap, entry ni panjang gila karangan tak macam entry first, penuh gambar
Macam ni cerita dia.....
.
.
.
.
.
Selepas selesai majlis, kami pun balik semula ke Batu Pahat sebab SV masing-masing dah mula mencari, di manakah student diorang ni kan, menghilang sampai 2 weeks.
And then bila dah sampai, beberapa hari lepas tu mawar and husband p la check up baby kat satu klinik swasta kat Parit Raja ni, exited nak scan baby.
And guess what?
Luluh hati bila Dr scan cakap baby tak nampak, just ada kantung kosong.
WHAT?????!!!!!
Takkan blighted ovum kot?
Takkan blighted ovum kot?
And then dia cakap "Saya bagi ubat kuatkan rahim untuk awak, dalam masa dua minggu lagi awak datang balik untuk scan lagi sekali, tapi in case kalau takde jugak, kita akan refer awak ke hospital untuk proses D&C"
And I was like ..........
.
.
.
.
AFTER TWO WEEKS HAS PASSED
Me and husband siap-siap hari Khamis tu, 28 December 2017
Nak pi check lagi sekali dengan harapan baby still alive,
Sebelum nak pi tu kami called that clinic tanya Dr ada tak sekarang, adn staff dia cakap Dr ada pukul 4pm nanti.
Mawar cakap dekat husband, "Lamanya, kita pi klinik Nge tu lah, situ pun ada scan, lagi canggih"
*sebelum ni takmo p klinik Nge tu sebab Dr nya lelaki, of course lah malu, tapi kali ni nekad.
Maka kami pun p laaa klinik tu
Masuk je bilik Dr nak check, Dr tak cakap banyak dah, terus scan, seriously professional gila!
Apa kita tanya terus dia jawab, takda nak melalut macam klinik first tu
Masa tengah scan, dalam screen tu, mawar tengok janin tu dah ada kepala, badan dan kaki (masa ni lega sebab ada sifat, bukan blighted ovum)
Subhanallah,
But tetiba Dr cakap, something is missing!
No heartbeat.
Apa kita tanya terus dia jawab, takda nak melalut macam klinik first tu
Masa tengah scan, dalam screen tu, mawar tengok janin tu dah ada kepala, badan dan kaki (masa ni lega sebab ada sifat, bukan blighted ovum)
Subhanallah,
But tetiba Dr cakap, something is missing!
No heartbeat.
Akhirnya, Dr cakap baby dah meninggal masa 12 weeks,
ALLAH, rasa masa tu macam nyawa melayang-layang!
And Dr ada bebel jugak, kenapa Dr satu lagi tu bagi ubat kuatkan rahim kalau dia dah tahu masa scan tu memang dah bermasalah plus ubat tu mahal
Mawar memang takleh pikir apa dah masa tu, husband pun muka dah berubah
Then Dr terus buat surat refer ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat
Memang haritu kitorang serabut sangat, lepas Dr buat surat terus husband rush p hospital bawak bini dia ni
Sampai dekat Unit Kecemasan, amik bacaan darah apa semua, terus MA bawak ke bahagian Dewan Bersalin.
Masuk je Dewan Bersalin, lepas Sister isi form, dia suruh masuk dekat bilik scan untuk nak sah kan baby meninggal
Mawar pun masuk la dalam tu tetiba ada sorang Dr perempuan kerek ni, rasanya tengah buat housemanship sebab tengok dia ada pakai macam matric card tergantung dekat leher.
She said, "awak buat apa dekat kawasan ni? keluar sekarang!"
Mawar cakap, "tak, tadi ada nurse suruh saya masuk"
Dia balas balik, "saya cakap awak keluar sekarang!"
Mawar dah la tengah serabut dengan dapat berita baby dah takde, dengan Dr biadap lagi, tapi tak terkata apa-apa, boleh bayang tak macam orang blur.
And then Sister tu datang and cakap dia panggil mawar.
Arghhhh ikut hati kalau mawar kuat, memang makan penampar dah perempuan ni.
Lepas tu ada sorang nurse muda datang, and dia check yang bawah tu pakai alat macam mulut angsa
Katanya nak tengok ada bleeding ke tak
Lepas tu Dr muda sorang ni datang and scan baby, Dr cakap baby dah takde then dia scan pakai alat yang masuk kat bawah tu untuk sah kan lagi sekali, and memang sah dah takde 😔ðŸ˜
So dia cakap dalam masa two weeks, kalau baby tak jatuh secara normal, Dr akan buat D&C.
Then masuk je kereta, mawar memang nangis meraung semua cukup
Anak first weh. 12 minggu dalam rahim, hari-hari bersembang even tak pernah bersua muka.
Masa ni husband memang tak henti-henti pujuk, bagi semangat (thanks abang, huhuhu)
Okay stop lah dulu, penat dah menaip, tetiba banjir pulak dekat kelopak mata ni
.
.
.
.
.
BERSAMBUNG





















