Saturday, 20 January 2018

KAMI DAH KAWEN + UJIAN MELANDA PART 1

Assalamualaikum semua.
Fuhhh! 385 hari dah tak update blog.
And ya! Hai semua.
Macam biasa mawar yang update sebab cik abang busy sangat.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ni.
Berpeluang cerita perkembangan diri yang makin kembang ni (ada ke orang nak tahu pasal hg ni mawar? lulz!)
Okay mai sini nak flashback balik kejadian yang berlaku sepanjang tak update ni.

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 30 Jun 2017 bersamaan 6 Syawal 1438H, mawar sah menjadi milik cik abang 👫



Sehari sebelum nikah tu, Allah saja yang tau macam mana perasaan tu,
Rasa nak lari, nak cancel nikah semua ada sebab rasa macam tak puas nak berkepit dengan mama abah.
Masa hari nikah, sebak sangat lepas kadi selesai khutbah nikah, tengok abah ambil alih tempat kadi.
Rupanya abah yang akan nikahkan anak sulung dia!

muka nervous
Lepas nikah, kami ni lebih kurang macam long-distance relationship lah lebih kurang, setiap bulan husband akan balik tengok wife dia, biasa la baru kawen kan (hahaha)
Sebabnya husband masih dalam mode ongoing dia punya research masters degree (mechanical engineering)
At the end of August, mawar dapat tawaran untuk sambung masters degree in technical and vocational education, abah cakap pergi la sambung.
Mawar memang berat hati sangat sebenarnya plus duit takdo haaa nak sambung, dah kawen takkan nak minta mama abah lagi.
Abah ni macam paham tau, dia kata nanti abah tolong la sikit-sikit, janji along rajin tolong abah mama  ja nanti.
*okay rasa nak menangis sangat.
Maka pada pertengahan September, bermula laaa kehidupan sebagai mahasiswi sekali lagi, tapi kali ni sebagai pelajar sarjana yang mempunyai target untuk siapkan thesis berwarna hijau lumut, bukan lagi royal blue thesis.
Dalam bulan October pulak, mawar convocation. 
Alhamdulillah diberikan peluang untuk mendapat Anugerah Naib Canselor, hadiah untuk mama abah dan suami.

Exited sampai senget-senget bahu haa

mi amor!

yay dh officially graduated!




Bulan November macam tuh, mawar dengan husband dapat satu berita yang menggembirakan sangat.
Alhamdulillah, double line!



I'm pregnant!
Rupa-rupanya masak naik stage convo haritu bukan naik seorang tapi berdua, hihihi
Then masa awal December, resepsi pulak dilansungkan bagi pihak lelaki dan perempuan.
*tengok gambar lagi lah ye.


RESEPSI PIHAK PEREMPUAN

Dah nikah berapa bulan pun still malu pegang tangan laki. aduiii

tengok la muka mama abah, happy gila

photobooth saja mampu sebab abah tak kasi buat pelamin 😖

RESEPSI PIHAK LELAKI







HANTARAN

PIHAK PEREMPUAN
- Bunga telur
- Buah-buahan
- Set wallet+belt
- Coklat (Wan Wanie dipaksa sponsor)
- Kemeja
- Set perfume+losen+shower gel (masa ni Bath and Body Work JPO tengah buat sale gila-gila)
- Buku mengenai alam rumah tangga (islamik)
- Kain pelikat (masa baru nikah pergi ziarah family husband di Kelantan, depa pakat bagi pelikat and batik)
- Jam tangan (pak mentua sponsor)

PIHAK LELAKI

- Handbag (nasib Timberland boutique Kluang tgh buat sale, tak sempat nak p JPO dah masa ni)
- Kain telekung from Bandung (pak mentua sponsor)
- Coklat
- Jam tangan (pak mentua sponsor sebab beli set couple)
- Buah-buahan
- Set perfume+losen+shower gel (nasib keahlian The Body Shop masih hidup masa ni, setiap kali resit terkumpul RM150 akan diberi baucar kalau tak silap)

Sebenarnya kami berdua takde buat perancangan apa pun masa nak buat majlis ni, semua pakai redah.
Tengoklah, hantaran pun pakai sapu je mana ada sebab balik Kedah last minute, mana sempat, sibuk dengan thesis lagi.
Husband cadangnya nak colloquium (an academic conference/seminar) in the end of March 2018, while me, my sv dh kejar ni suruh mawar siapkan proposal untuk defend at the end of this April.  


- BERSAMBUNG -

No comments:

Post a Comment