Assalamualaikum...
Apa habaq semua...
Kali ni cek nak bercerita sikit pasai pengalaman baru-baru ni.
Hampa nak tau pengalaman apa aku hadapi kali ini....?
KENA TINGGAL BAS weiiii!!!!!!
fhdgfjhhjfdnjkfnhfpwripoewitopwejop.
Cerita dia lagu ni.
Bus aku naik tu syarikat S tutttt International.
Bus gerak dari Alor Setar ke Batu Pahat pukul 10.30 pm.
Bus baru weh...leader seat + single..memang selesa la.
LAJU? toksah duk habaq la....ditambah lagi dengan Sks bus teknologi canggih.
Bak kata abang peronda tu..meter Hilux aku 160 kmh pun tak boleh nak ligan depa.haha..
Ok-ok..da melalut tu..dalam perjalanan tu ada 2 3 tempat juga la berhenti buang air ape semua.
Tapi aku sekali pun tak turun.
Lepas tu dalam pukul 6 am kami pun sampai di RnR Pagoh.
Ok..semua penumpang boleh la turun solat subuh dan buat la ape yang patut dulu.
(Driver bus cakap.)
Tak pa la..aku pun buat pertama kalinya sejak naik bus tu pun turun la nak solat subuh.
Tapi sayang suraunya kecik ba.
Boleh muat 2 orang satu masa + lelaki perempuan campur.
Ape lagi..menunggu la aku.
Tengok abang-abang lain slamber ja tak solat..haishhh...
Tak pe la..aku orang last sekali solat masa tu..
Dengan khusyuknya (kononya la) aku pun solat..berdoa ape semua..
Selesai ja semua..keluar surau aku mula hairan.
Kenapa sunyi semacam ja..mana bus?mana semua orang?
(jengjengjeng)
Dengan hati yang tenang..aku pun pusing-pusing sekitar rnr tu..
Mana nak tau bus tu pindah parking dekat lain..
Tapi..hampeh tak ada..
Dah la beg ape semua tinggal dalam bus tu..
Nasib terdetik nak bawa phone kecik tu dengan wallet..
Apa lagi..calling kawan yang ada dalam bus tu la..
Tapi sayang no dia pulak tak ada..arghhhh..
Tiba-tiba aku nampak satu lembaga keluar dari gelap susur keluar ke highway tu.
Rupa-rupa kawan aku yang aku ingat dalam bus tu pun kena tinggal juga..
pftftttttt...
Dia lagi la..sehelai sepinggang...semua barang dalam bus.
Ape lagi..mula la gelabah,..
Kebetulan abang peronda plus ada masa tu..
Aku minta tolong dia kejar bus kami tu..
Tapi seperti yang aku bagi tau tadi la..
Dia kata tu..160 kmh aku belum tentu dapat..hahahaha
Dia cuma boleh tolong turunkan kami dekat exit Yong Peng.
Ape lagi..aku mula gelabah la sebab barang-barang dalam bus tu..l.laptop tab ape bagai.
Haishhh..menguji betol di pagi Jumaat.
Aku tenang..fikir sebentar..then aku call member yang tinggal dekat BP.
Pagi-pagi buta dah mengacau orang aku ni..tapi terpaksa la..hehehe
Minta tolong dia tunggu dekat bus station BP tu..tunggu bus yang kitaorang naik tu sampai.
Then ambil beg-beg aku dengan kawan aku tu dulu.
Alhamdulillah..nasib barang-barang semua ada..
Then lepas tu..baru kitaorang sedar yang kami ni masih terperangkap di tol Yong Peng..
Arghhhhhhh...pfttfttftftff...
Ape lagi..calling member lagi la minta tolong jemput.
Kesian diowang pagi-pagi lagi dah kena kaco..
Alhamdulillah nasib rakan-rakan semua baik hati..
Almost 4 hour juga la aku terperangkap dekat Yong Peng tu sementara tunggu kawan datang.
Menguji kesabaran betol ditambah dengan kelaparan lagi..
Haaa..sampai ja diowang terus gerak balik BP ambil beg dekat kawan lagi satu tu..
Then terus balik UTHM..elok-elok azan solat Jumaat..
Masa mak aku call pagi-pagi tu aku tak bagi tahu lagi kejadian ni.
Bukan ape..tak nak diowang risau.
Selesai ja semua baru aku ceritakan..
Alhamdulillah semua ujian yang aku hadapi pagi jumaat tu dapat dilalui.
Semua yang berlaku mesti ada hikmah..
Bapak aku dah buat laporan dekat syarikat bus tu dan mereka sanggup bayar ganti rugi..
Ingat murah ka weii..kalau tambang teksi dari UTHM ke Yong Peng tu.jauh weh..
Dengan sengsara jiwa dan perut lagi menunggu..haishhh.menguji betol..
Tapi tak pe lah..semua dah berlalu.
Experience is the best teacher for me..
Aku banyak belajar dari kesilapan dan pengalaman.
Opocot..panjang bebenor aku melalut ni..
Ok la..sampai sini dulu ya..
Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

.jpg)